Pages

December 24, 2015

Hirup Hidup

Malam tadi, ketika minum kopi, ☕ saya merasa sedikit pahit..😖 Namun tetap juga la saya minum..

Dan pada ketika air kopi tinggal suku, baru la saya perasan, saya lupa kacau kopi dan susunya.. 😅

Apabila saya kacau, kopi yang tinggal suku itu, terasa sangat manis pula.. 😫 Terlalu manis sehingga tidak mampu saya telan..

Agaknya itu la resam hidup.. Ada kalanya kita lupa, yang 'manis' itu ada di dasar.. Perlu dicari.. Dan kiranya kita malas mencari, maka hanya pahit la yang dapat kita nikmati..

Ada waktunya juga, pada ketika teringat berkenaan 'manis' itu, segalanya sudah terlewat..

Mujur la, Allah sudah membantu 'membancuh' hidup kita antara yang pahit dan manis.. Kerana hidup pasti kurang maknanya kiranya hanya berkenaan yang pahit-pahit saja.. Atau yang manis-manis saja..

Makanya, hirup la hidup dengan senyuman, 😃 dan tak perlu hiraukan sangat apa orang nak kata dan umpat belakang kita..😷 Sebab memang kita manusia tidak-lari dari ketidaksempurnaan !! 😜

Ucap la syukur Alhamdulillah untuk satu lagi peluang kita menghirup udara di bumi Allah swt

Salam Sejahtera...
Salam perjuangan..
Salam kasih sayang..

Selamat menyambut Maulidurasul



Terima Kasih

December 16, 2015

Penghujung Pencarian Kami...




Berakhir sudah pencarian cintaku..
Diri ini tak lagi sepi
Hati ini t'lah ada yang miliki ...



Tanggal 11 Disember 2015, tamatlah sudah zaman bujang kami.. Alhamdulillah dengan sekali lafaz sahaja, aku telah sah menjadi isteri Encik.Ilyas.. masa dah sah tu, ALLAH SWT je tahu betapa bercampur baur nya perasaan aku.. sedih gembira terharu sebak excited semua ada.. tak tahu nak cakap macammana.. Yang pasti, kami amat-amat bersyukur, selepas satu-satu dugaan kami berdua berjaya lalui.. sebut sahaja apa jenis dugaan, kami lalui dengan pelbagai perasaan dan cara..

Sujud syukur dan solat sunat ditunaikan seusai majlis akad nikah.. kemudian kami disandingkan sebentar selepas solat Jumaat dalam kenduri kesyukuran.. hanya satu perkataan yang aku mampu luahkan dikala sedang bersanding, LEGA.. yup, cukup lega.. satu persatu yang kami usahakan mnembuahkan hasil.. Terima Kasih ya ALLAH buat segalanya.,

Walimatul Urus pula diadakan keesokan harinya, 12 Disember 2015.. hanya majlis biasa, sederhna dan meriah.. asalkan ibu bapa kami gembira itu sudah memadai buat kami..

so, dah siap semua, lets tengok semua hasil yang aku dan EN.Asben dah usahakan untuk wedding kami.. 

Atok tepung tawar kite..


with Mama yang paling cantik and pengapit..


Candid yang paling aku sukaa..


with parents tersayang


Family aku..


Family en.Asben











kitorang acah2 sweet kat atas tu..hahahha


bestfriend zaman sekolah aku


sepupu belah mama aku


another favourite picture


and this too


bestfriend aku di POLI..=D


buat LOVE kononnya


potong kek..




Itu saja.. SELAMAT PENGANTIN BARU TO ME.. =P

Wassalam~



Terima Kasih

December 7, 2015

PANTAS!!!


sebenarnya, aku ni tengah Mencari inspirasi.. so, aku dengarlah lagu Pantas by Hanie Soraya.. then,  seorang sahabat whatsepp aku tadi.. dia cakap macamni :

" kau nak hadap muka sekor-sekor"
" kalau aku dah tak tau la nk kata apa"
" masa kau takde. semua tu aku kena hadap"


tujuan aku masih macam dulu sahabatku.. aku nak cari ilmu.. aku nak habiskan apa yang aku mulakan.. memanglah stress + akan gila sebab nak menghadap muka seorang demi seorang yang kita tak suka, tapi aku set dalam kepala otak, "ini cabaran dan ujian untuk aku.. nak taknak aku kena terima"

so, aku just move on and make my own journey.. inshaaAllah jika panjang umurku, panjanglah perjalanan yang harus aku tempuhi.. inshaALLAH, kalau kita niat LillahiTa'ala dalam setiap perkara, ALLAH SWT akan permudahkan.. Amiin Allahumma Amiin..

kalau nak bercakap pasal orang yang tak suka kita, orang yang benci kita, tak ada satu apa pun yang kita akan berrjaya buat dalam hidup ni.. yelah.. sibuk nak balas kebencian dengan kebencian.. tak jadi apa pun.. ada kau happy when you hates people back..?? still the same kan? tak ada apa yang berubah..

teringat kata-kata seorang.. niat di hati cuma nak eratkan silaturrahim dengan menjemput beliau ke majlis perkahwinan aku.. tapi, ALLAHU, ayatnya sungguh pedas berbisa.. sabar je lah.. hehe.. maaf.. so, thanks to him  sebab tak rosakkan kepercayaan saya and thanks to you yang dah cakap macam-macam pasal saya..


*Tahniah.. sy dh tahu dulu pasal tu..ada org sampaikan
*tq sebab invite
*sorry, sy xdpt pergi.. awk tahu mcm mana keadaan kita
*if sy x bermusuh dengan Kuyus, maybe sy akn pergi
*Hurm..b4 awk kawen, sy nak ckp kat awk sesuatu n sy nak awk igt smpai bila-bila.
*n hrp awk x convey bnda ni dgn Kuyus


 
ada lagi yang selebihnya tapi biarlah rahsia..

seribu keampunan dan kemaafan dipohon dari awak yang menganggap saya musuh awak.. tiada kata untuk saya balas melainkan mendoakan kebahagiaan awak dunia akhirat.. saya tahu saya jahat.. maaf sekali lagi.. doakan kami.. :)

Wassalam.

Terima Kasih

Menghitung Hari . . .


Menghitung hari detik demi detik...



Assalamualaikum WBT..

Dengan ini diisytiharkan, kurang 3 hari lagi cik Kuyus akan bergelar seorang isteri !! hahaha.. Alhamdulillah, setakat ini segala macam DIY yang cik Kuyus godek-godek di facebook, blog, wechat, whatsapp dan sebagainya membuahkan hasil.. penat lelah cik Kuyus terbayar lepas tengok semua tu.. hehehe.. Antara yang mendapat sentuhan jari jemari cik Kuyus yang kasar ni ialah :



1) Bunga Telur - tisu 1Malaysia
2) Hand Bouquete - kain satin & kain crepe
3) Langsir bilik pengantin - kain satin
4) Pelamin - kain satin, kerusi jati mama, pasu super save, bunga super save, segalanya super save
5) Baju akad nikah - kain baju sekolah putih
6) Baju sanding - Kain songket
7) Baju family sedondon - jubah batik borneo kuning & baju melayu kuning
8) Set karaoke - perkongsian set dengan pakcik
9) Bantal kecil 14"x14" - kain satin
10) Buku Tetamu/Guest Book - Kertas A4
11) Shawl pengantin - Kain 'entah', manik sendirian bhd.
12) Props - photoshop + 180gsm paper
13) Baju langkah bendul - kain koshibo
14) Tengkolok pengantin lelaki
15) Kad jemputan - photoshop 2hari + kertas A4 870pcs + kedai fotostate kawan mama



Gigih sungguh cik Kuyus sebab cik Kuyus sangat-sangat cerewet,,entahlah.. kekadang rimas dengan diri sendiri sebab terlalu cerewet,,senget sikit dah bising itu ini.. hand bouquete pon makan asa seminggu sebab nak lembutkan tangan ni.. haihhh.. pening dengan diri sendiri tau!!

Kesimpulannya, sesiapa nak cari inspirasi cara berjimat macam cik Kuyus ni, boleh refer sini naa.. hehehe..mana tau berkesan.. hehe.. any question boleh komen.. nanti kita jawab ye..

korang, doakan cik Kuyus dan mr. Fiancee selamat diijabkabulkan nanti  okay? amiin Allahumma Amiin.. salam sayang buat semua..

Wassalam..


Terima Kasih

December 5, 2015

Malas Nak Berkawan Sebab...

Semakin banyak org yg kau kenal

Semakin banyak tanggungjawab kau pikul

Nak tahu kenapa?

Kawan kau x tutup aurat satu kerja

Kau menipu kawan kau pun satu krja

Kau sakitkan hati kawan dah double kerja

Kau jangan ingt kau lepas dr timbangan amal

Tanggung kat dunia

Jawab kat akhirat

Settle......

So,jgn tnya soalan bodoh knpe aku stop berkwan,kenapa aku berdiam diri,knpe aku tak ambil peduli..aku dah penat,aku dah lali dgn semua ni...ckupla yg ada skrg ni,xsanggup aku nak tanggung lagi..apa aku nak jawab kat akhirat nnti?..aku dah penat dgn permainan duniawi..tiba masa aku berehat pergi dan tak akan kembali


Al-fatihah untk diri yg sntiasa bergelumang dlm dosa
..

Terima Kasih

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign