Pages

August 18, 2014

Bilik Air Oh Bilik Air..

Assalamualaikum Warahmatullah..

baiklah,misi merepek sudah bermula..seperti biasa aku memperolehi sesuatu idea dari moment WECHAT.. hasil perkongsian seorang sahabat semasa zaman sekolah agama dulu.. alhamdulillah.. beliau sekarang seorang pelajar di sebuah kolej bawah naungan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).. kira dia bakal jadi Nurse.. see.. aku dah lari dari topik.. hehe.. okay now bercakap pasal BILIK AIR / TANDAS / BILIK KECIK..




* source : Google Images *




* source : Google Images *



haha.. boleh terima ke bilik air zaman sekarang dipanggil BILIK KECIK? macam lebih besar dari bilik aku je kan? haha.. betapa cantiknya bilik air zaman sekarang ni.. kalau zaman dahulu kala,ada tempayan,kolah,baldi sebiji,kole/gayung sebiji,anak paip dan benda-benda lain yang simple.. dinding pulak ada yang berdindingkan zink,yang senang sikit hidupnya batu bata.. ada yang tak berbumbung.. ada yang rabak sana sini.. baiklah,itu imaginasi aku untuk bilik air yang betul-betul zaman PURBAKALA.. hehe.. maaf.. itu imaginasi aku.. jangan marah ar.. tapi zaman sekarang tak jumpa dah yang bilik air ada tempayan,ada kole..paling kurang pun mesti batu bata ar..

zaman sekarang,cakap banyak tak payahlah.. macam gambar kat atas tu.. cantik bersih wangi tiptop kelas kau Maria! haaa gituuu.. tapi masalahnya,bukan pasal cantik wangi batu bata yang aku nak bincangkan.. aku tak kisah macam mana pun bilik air rumah aku dan rumah korang *eh kejap.. kisah jugak la..kene BERSIH lah!* .. okay.. macam mana cantik pun bilik air,besar gebang,kemas teratur bau lavender pe semua,bilik air tetap KEDIAMAN/RUMAH/HOMESTAY/HOTEL/TEMPAT TINGGAL MAKHLUK YANG BERNAMA SYAITAN!

Dalam sebuah hadis,Rasulullah SAW bercerita bahawa Iblis meminta tempat tinggal kepada Allah SWT seperti halnya Allah SWT memberikan tempat tinggal kepada anak adam untuk berada di bumi.
.
"Ya Allah,adam dan keturunannya Engkau beri tempat tinggal di bumi,maka berilah pula aku tempat tinggal!" Kata Iblis..Allah SWT berfirman;"Tempat tinggalmu adalah bilik mandi atau tandas.(HR. Bukhari)

Dari situlah kemudian Iblis pun menggoda setiap orang yang memasuki rumahnya yang berupa BILIK MANDI/BILIK AIR atau TANDAS.Godaan iblis macam-macam dan aneka warna.contohnya menggoda manusia supaya:

1. Berlama-lama di dalam bilik mandi-ade dapat emas ke kalau lelama dalam bilik mandi ni?
2. Bernyanyi atau berkataKata-sempat lagi.suara ekau tak sodap pon!
3. Bermain-main air atau sesuatu yang lain (bawa hp mendengarkan muzik, ber'facebook')- ada lagi ke manusia desperate bawak fon ke toilet ni? mashaaAllah!
4. Membisik seseorang supaya kencing sambil berdiri-mohon jangan begini terutama kaum Adam!
5. Membiarkan baju yang kotor tergantung di dalm bilik mandi-cuci teros masuk dalam washing machine,kan senang.pi gantung lama-lama buek apo?
6. Melupakan seseorang untuk berdoa ketika hendak masuk atau keluar dari bilik mandi-jangan jadi syaiton kedua ye..hmm
7. Mengambil Wuduk sambil telanjang-tak senonoh betoi!
8. Mengoret-oret dinding bilik mandi-dah takde kerja lain gamaknya ni!haih!
9. Merencanakan kejahatan-baik mandi copek-copek lepaih tu pi solat!Lagi elok!

Maka,hati-hatilah sewaktu dalam bilik mandi atau tandas.Dan tips yang baik adalah mandi,buang air dll sewajarnya saja..lebih cepat lebih baik

Sekarang Anda mempunyai 3 pilihan:
1. Anda - Aku akan biarkan tulisan ini tetap di sini saja..
2. Malaikat - Ingatkan pada teman yang anda kenal...Sebarkanlah..!!
3. Syaitan -Tidak usah penat2 dan sibuk-sibuk menyebarkan tulisan ini..Biarkan saja di sini..Kalau boleh pdamkn saja..Mereka tidak perlu membaca tulisan ini..

sekian sahaja coretan repekan aku.. sampai ketemu lagi ya.. tunggu sembuh dari sindrom 'Writer's block' k? Wassalam~

p/s : tokseh la mintak-mintak kebenaran untuk CopyCat CopyPaste ayat-ayat dari entry aku..aku tak kisah pon nak ambik apa-apa ayat dari entry aku.. kecuali aku ada mention yang aku haramkan ayat aku di-CopyCat CopyPaste..kbye!



Terima Kasih

August 13, 2014

Hanya si Gila membaca cerita Gila..

Assalamualaikumwarahmatullah..

maaf mengganggu oetang kalian dengan entry GILA ini.. aku temui entry GILA ini dari moment WECHUT sebentar tadi.. boleh dijadikan bacaan santai-santai,sambil membuang masa kalian yang terlebih banyak tu.. semoga kalian vergelak ketawa.. tapi diingati,hanya si GILA yang membaca entry/cerita GILA.. jum layan entry/cerita GILA ini..

🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉
---------------
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.

Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu, barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer
nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut.
Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.
Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati.

Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia. Lori itu bertukar menjadi robot Transformer.

Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah.

Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands.
Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.
Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati.

Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati..................
*Tak larat nk gelak !
Budak ni banyak sangat tengok dvd kot. Haha

🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉

sekian terima kasih..



*ini gambar gila!*

Terima Kasih

Drama Korea vs Surah Quran

stand by me - shinee ost boys over flowers (lyric…: http://youtu.be/fB5Cy04QRC8

ruginya kalau korang minat Korean Drama tapi tak pernah tengok Boys Over Flower.. best! dari drama ni la aku yang tak suka Korean Drama boleh suka! eventhough aku tak minat tahap gilababun dekat Korean People and Korean Drama yang terbaru lain,but yang ni takley blah! minat tau! lagi-lagi si Lee Min Ho.. niiii,hafal setiap perjalanan cerita macammana.. hafal kutukan sindirian Gu Jun Pyo dekat Geum Jan Di apa.. Otak rumput, otak kosong, anak tukang bersih.. scene mana yang aku taktau,vercuti secara paksa,hilangkan gelang kaki yang Jun Pyo bagi,Jun Pyo almost kahwin dengan kakak monyet... semua aku ingat.. hahaha.. memang mendatangkan kesan yang mendalam la weyh.. hehehe.. tapi tu dulu.. masa zaman sekolah.. zaman bongok tak reti beza baik dan buruk sesuatu..

bukan aku fanatik GILA kat Korea ni.. takdelah.. aku minat kat drama ni je BOYS OVER FLOWER.. asalnya dari komik BOYS BEFORE FLOWER tapi entah kenapa masuk drama dia jadi Over.. so,any explaination tak girls boys yang tau pasal ni? ke aku yang taktau duk tengok je sebab malas nak amik tau.. aku ni tak kisah.. asalkan best je aku layan.. hehehehe.. mungkin sesetengah orang akan minat FANATIK NAK MAMPUIH kat Korea ni.. sampai pelakon ni asal mana,duduk ceruk mana,dulu kerja apa,sebelum pembedahan plastik dia macammana.. sampai masa dulu-dulu blaja geografi pasal peta Korea dia tak reti,tapi demi abam Korea tu dia sanggup kaji peta Korea tu.. mashaaAllah! hahaha.. hebat betul! hehe.. takpe hak korang.. tak kisah pun..

tapi yang kisahnya,kan lagi elok korang kaji peta kerajaan Islam dulu belah mana,besar mana..macammana bileh terlepas kat tangan orang lain..asal ilmuwan Islam dari ceruk mana..ni tidak,Korea tu yang kau hadap 24/7 kalau takdak kerja..Korea tu yang kau kaji kalau ada gosip pasal dia..surah dalam AlQuran tu kalau aku tanya turun kat mana agaknya duk bukak google kot nak mencari mana agaknya turun Surah tu dulu..hurmmm..sedih kan.. jangan la sampai taktau asal usul sendiri sebab minatkan yang mendatangi kita.. terkadang,itu la senjata kita untuk agama kita suatu hari nanti.. sejarah.. those who dont know the history will repeat the history.. faham kan? nak ke mengulangi sejarah kejatuhan islam dulu? sedangkan kejatuhan Islam pada zaman sejarah dulu pun kita belum naik sepenuhnya.. fikir-fikirkan lah ye.. mohon teguran jika ada kekhilafan.. Ukhwah Fillah dari saya,Ira.

Terima Kasih

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign