Pages

June 27, 2014

HEY PEREMPUAN,JANGAN MURAH SANGAT!

COPY PASTE
Aku paling menyampah,
Dengan status perempuan yang malu-malu,
Atau rasa segan apabila kena mengorat dengan lelaki.
Paling aku sakit hati apabila dia ialah seorang muslimah,
Berada dalam landasan fikrah beragama,
Dari sekolah agama,
Belajar di institusi agama,
Tahu pasal agama.
Weyh perempuan !
Kalau kau kena mengorat,
Maknanya kau masih belum pandai jaga ikhtilat,
Garanglah sikit !
Bukan sekadar sombong je tapi garang !
Garang tahu tak?
Bukannya melemah-lembutkan suara,
Ber'enta' dan'enti' dalam pergaulan,
Konon hendak menjaga hati,
Tapi menimbulkan masalah hati pula,
Bagaimana tu?
Menjaga apa namanya?
Kalau berlemah lembut sampai menimbulkan fitnah dan huru hara?
Bukannya mengada-ngada,
Tunjukkan diri itu ala-ala perempuan Melayu terakhir,
Sopan-santun di depan lelaki sampai hatinya cair,
Malu-malu tak kena tempat,
Layan lelaki ikut suka hati tak jaga ikhtilat,
Main mesej tanpa urusan muammalat,
Kemudian kau salahkan lelaki?
Bagi aku lah kan,
Kau yang tak tegas,
Terlalu berlemah lembut tak kena tempat,
Bajet ayu untuk memikat,
Ber'enta' dan 'enti' untuk menarik perhatian,
Memakai purdah dengan tujuan mahu menayang,
Konon-konon kitalah muslimah solehah,
Lelaki mudah tertarik dengan wanita ala-ala muslimah,
Katanya :
"Jangan berkasar sangat dengan lelaki, nanti mereka kecil hati,urusan tak jalan kalau bertegas dengan Adam, Adam ini ego tak menerima nasihat"
Alasan yang dah basi.
Itu semua poyo !
Wahai perempuan,
Jaga diri boleh tak?
Tegas dan garang!
Walaupun kau tu muslimah,
Jadilah tegas dan garang !
Tak payah nak berlembut sangat.
Biar lelaki benci !
Jangan lelaki jatuh hati !
Kalau lelaki duduk meroyan teringat kat kau,
Kau bangga ke?
Daripada dia berkopiah langsung tak berambut,
Daripada dia suka ke surau langsung duduk dalam bilik,
Hilang sudah seorang pejuang agama,
Hanya kerana kau yang bajet ayu dan muslimah tak kira masa.
Maaflah kalau aku berkasar,
Bagi aku seorang muslimah solehah,
Dia mesti tegas !
Sebab dia tahu maruah diri dia di mana,
Dia tidak boleh berlembut sesuka hati,
Dia ialah wanita yang paling ramai dibenci daripada disukai,
Lihat Zainab Al Ghazali,
Ummu Salamah,
Saidatina Aisyah,
Asiah,
Kerana agama mereka dibenci,
Kerana lantang bersuara mereka dicaci
Mereka sangatlah tegas berdiri menegakkan panji agama,
Tak pernah pun lelaki mengorat mereka,
Kerana lelaki takut dengan hamasahnya dalam memperjuang agama,
Jika ada yang mahu menyunting,
Mereka mendapatkan secara terhormat,
Tak pernah mengorat secara dekat.
Wahai muslimah,
Yang ada fikrah agama,
Jika ada yang mahu mengorat anda !
Sila salahkan diri sendiri,
Refresh diri,
Mungkin fikiran anda masih lagi memikirkan tentang mencari suami?
Belum lagi fokus pada urusan memperbaiki diri?
Atau tidak terlintas lansung untuk berjuang demi agama sampai mati?
Ramai sahaja aku melihat muslimah lemah lembut,
Ayu dan terlalu memikat,
Namun sangat pengecut untuk bertegas,
Sangat tak pernah bertindak untuk menggerakkan agama yang dimilikinya,
Apa? Kau rasa dengan keayuan kau tu kau boleh menyumbang pada agama?
Dengan keayuan kau tu boleh menggerakkan dakwah dengan kencang ke?
Dengan lemah-lembuh kau tu boleh menjayakan misi ummah dengan berjaya ke?
Apa sumbangan sopan santun kau terhadap lelaki pada agama?
Maafkan aku jika berkasar,
Aku sudah muak + menyampah,
Apabila orang tak henti-henti mengadu ada yang mengorat !
Tolonglah tegas dan garang dalam muammalat,
Jaga ikhtilat sesama muslimin muslimat,
Biar lelaki benci !
Jangan sampai mereka jatuh hati !
Aku penatlah.
Penat melayan semua ini.
Karate je ada yang nak mengorat kau tu boleh?
Lepas tu confirm dah tak ada lelaki yang berani dekat, sentuh dan mengorat kau lagi !
Serius !
Aku respect perempuan yang garang dan tak bajet ayu,
Perempuan yang tiada pakwe kerana menolak cinta dunia yang palsu,
Mereka tahu suatu perkara asas yang perlu iaitu :
"Aktiflah dalam berpesatuan, menuntut ilmu dengan slumber, bersuaralah pada kebenaran tanpa rasa segan, jangan terlalu menjaga penampilan sampai di depan cermin berjam-jam untuk menarik perhatian, berdakwah tanpa rasa gentar, berbuat baiklah tanpa rasa malu, baiklah tanpa rasa malu, buatlah apa jua tanpa menghiraukan keadaan yang melanda"
Kerana mereka tahu juga :
"Sampai suatu saat kau akan diuji dengan berat dan ketika itu kau amat memerlukan bantuan, Allah akan menghadiahkan kau seorang suami soleh untuk dijadikan teman"
Relaks, tak payah nak berlembut dan bajet ayu sangat sampai tak bergerak dalam persatuan,
Kau buat je apa sahaja dengan slumber,
Bila sampai masanya,
Allah akan bagi juga,
Si dia yang soleh di depan mata.
Yang ni ada kau aktif berpesatuan?
Ada kau slumber berdakwah tanpa segan?
Ada kau menuntut ilmu sampai pengsan?
Ada kau berani bersuara atas kebenaran?
Ke masih bajet ayu dan malu dalam pergaulan dan berpesatuan?
Kemudian lelaki mengorat kau bangga dan tak henti-henti meroyan?
Pleaselah~
Tepuk dada tanya diri.
Maafkan hamba jika terkasar bahasa.



Terima Kasih

June 25, 2014

Kembali Berhubung =D


ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH..

Hey guys.. kembali bertemu lagi kita ni.. hahahaha.. tangan aku sakit wey,mungkin sebab bawak beg berat tadi,pi lurut sampai ke siku tali beg tu.. haaaaa,urat aku hijau-hijau menandakan cant afford to handle the bag..haish! menyeksa tangan sendiri..kesian tangan aku.. ampunkan aku ye wahai puan tangan kiri.. okay,back to my story..hehehe.. kembali berhubung? kembali menghubungi siapakah ini?

haaaaa.. dia merupakan someone..someone yang sangat special since aku tingkatan DUA dahulu.. a very very special person i ever met maybe..dia sweet,comel,baik tapi tegas and last but not least penyayang.. alahai..siapakah insan yang baik sangat kat mata aku ni ye? hmmm,ex boyfriend aku ke? NO! takde masa nak fikirkan ex boyfriend sekarang ni.. alahai.. dahtu sape?!

baiklah.. memperkenalkan Cik Nazhatul Wijdan Binti Zainal Abidin.. yeeehaaaa.. hahaha.. suspen kan kan kan?? hahaha.. beliau adalah kakak angkat aku yang tersayang lagi tercinta sejak zaman dekat sekolah agama dulu.. akak kesayangan aku ni habis sekolah,aku pon blah jugak dari sekolah tu..hahahaha..aku tau,sah bosan kalau akak takde.. baiklah.. dua minggu lepas(kalau tak silap lah),aku terjumpa facebook lama kak Wijdan.. aku memang dah lama nak cari dia.. yelah.. last aku contact dia masa aku dalam tingkatan EMPAT!! ya ALLAH.. lama gila.. EMPAT TAHUN LEPAS.. memang adik yang durhaka la aku ni..hahaha..then,aku try la hantar mesej dia..tanya dia gini :

Ira : " Salam,ni kak Wijdan ke?"

 kak Wijdan : "wsalam..iye..tp ni fb lame akak.."

Ira : "akakkkk.. nak nmber wechat pe smua pls??"

Kak Wijdan : "01*#&^%$!@"

Ira : "ok kak.. thanks tau.. hehe"

"sesame...:)"

gitu ler detik permulaan kami contact semula.. gila lama tak contact kakak kesayangan aku tu.. hehe.. dalam kepala aku duk imagine,akak aku ni mesti dah jadi cikgu sekarang..hehehe..aku imagine dan teka je..sebab perwatakan dia ya Allah,memang serupa ustazah dari zaman sekolah dulu.. aku bila dapat je number dia teros add wechat dia and hantar whatsapp..hehehe..dahtu lepas pukul 12 tadi la kak Wijdan reply whatsapp aku..wahhhh..berbunganya hati beta ni..hahaha..bertukar cerita sekejap and definitely TRUE!KAKAK AKU DAH JADI SEORANG USTAZAH.. bangga nya aku.. hehehe.. congratulation kak Wijdan..hehe..ti dia free baru kitorang sambung texting.. hehehe..

oh ye,ade yang curious tak nape aku sayang giler kat Kak Wijdan? hehehe.. actually,dari dia la aku blaja supaya JANGAN dengar cerita dari sebelah pihak sahaja.. kena siasat dua-dua belah pihak yang sedang bergaduh atau bermasalah..sebab apa yang kita dengar definitely tak sama dengan kenyataan yang sebenar.. WAJIB tau cerita dua-dua belah pihak,barulah boleh bantu selesaikan masalah..jangan pulak jadi manusia yang jenis seperti TIKUS MEMBAIKI LABU,SEMAKIN DIBAIKI SEMAKIN BESAR LUBANG ATAS PERMUKAAN LABU..got what i mean? hahaha.. baguslah jika faham ye..

Jasa kak Wijdan ajar Ira jadi manusia yang sentiasa berprasangka baik dan siasat sebelum kritik sangat-sangat bermakna dalam hidup Ira..banyak yang akak pesan kat Ira sebelum kita lost contact dulu..yup,Ira masih ingat..even ada yang Ira tak buat lagi but Ira ingat lagi..inshaaALLAH Ira akan buat slow-slow..thanks sangat-sangat kak..and Ira harap kita tak lost contact lagi.. nanges Ira nanti..hehehe..

Wassalam.. 

{ايرا يوسوف} 

Terima Kasih

June 18, 2014

Hidup Seumpama Secawan Kopi....

Hidup umpama secawan kopi.

Fokus kepada
kopinya,
bukan cawannya.
Secantik mana,
semahal mana cawan,
tidak mempengaruhi rasa kopi.
Kopi yang sedap
tidak terkesan rasanya
sekalipun diminum
dengan cawan yang usang.

Begitu juga dengan kehidupan ini. Fokus pada isi kehidupan,
bukan pada "bekas"
yang menampungnya.
Kebahagiaan bukan ditentukan
dengan rumah yang besar,
kereta yang mewah,
tapi dengan jiwa yang tenang.
Jiwa yang bahagia tidak terkesan dek kemiskinan kehidupan,
mahupun cabaran yang mendatang.

Fokus pada kopi, bukan cawannya.




*source : page di facebook*

Terima Kasih

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign