Pages

March 28, 2014

19 Hal Pasal WANITA


AssalamualaikumWarahmatullah..

Aku wanita punya hati nurani,yang tak dapat dibohongi. 



 
hahahahaha..entry ni khas untuk sang arjuna iaitu LELAKI.. korang kena tau ni..waima korang cakap korang takde awek ke ape ke,ni nak tanya sikit,mak korang,kakak korang,adik korang bukan WANITA ke? hahahaha..kalau korang nak tau,WANITA ni adalah selemah-lemah manusia..yela,dari kecomelan dan kecantikan diorang dah tau diorang tak mampu buat kebanyakan kerja-kerja berat..tapi kalau pasal perasaan,maaflah..korang memang kalah..hahaha..hati WANITA adalah setabah-tabah manusia tau.. jom check hadis-hadis Rasulullah SAW pasal kehebatan WANITA..=)


  1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
  2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
  4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
  7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar) ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
  10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
  11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
  12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya"."Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
  13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
  15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
  17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
  18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
  19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.





nampak tak? hargai lah WANITA ok? aku cakap sebab kekadang aku pernah rasa tak dihargai oleh LELAKI.. ok,sekian..babai..=3


Terima Kasih

March 25, 2014

Still #PrayForMH370....

AssalamualaikumWarahmatullah..

dalam hari yang sejuk dan kebasahan malam tadi akibat hujan di kampungku,dunia dikejutkan dengan berita terbaru mengenai pesawat MH370..pada sidang media malam tadi,dengan getaran dalam nada suara PM kita semasa sidang tergempar di PWTC memaklumkan bahawa pesawat itu kali terakhir dikesan di tengah Lautan Hindi.sedikit sebanyak ucapan PM;


"Berdasarkan maklumat data satelit syarikat Britain,Inmarsat dan Bahagian Siasatan Nahas Udara United Kingdom(AAIB) mengesahkan pesawat MH370 terbang ke jalur selatan berdasarkan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu. Ini kawasan terpencil dan jauh dari mana-mana tapak pendaratan yang munasabah. Oleh itu,dengan rasa penuh dukacita,saya memaklumkan bahawa penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi"










sungguh,sebak rasa hati ini saat mendengar PM kita menuturkan ayat sebegini..sedang kita yang langsung tidak mengenali mereka berasa sebak,sedih dan menangis mengennag nasib penumpang dan krew,apa lagi keluarga krew dan penumpang pesawat MH370..Ya Allah..bantulah mereka agar dapat menerima semua ketentuanMu dengan hati yang ikhlas..

sejak 8Mac2014 yang lepas,hampir semua negara di seluruh dunia membantu mencari pesawat MH370..akhirnya,melalui kesan Doppler,yang merupakan kaedah terbaru dari negara Britain berjaya menjejaki lokasi terakhir pesawat MH370..Sedang mereka ingin menggiatkan lagi operasi mencari,halangan cuaca buruk mendatang..ya Allah..permudahkanlah operasi pencarian tersebut bagi merungkai misteri kehilangan pesawat MH370..selamat atau tidak,biarlah nampak keberadaan mereka..supaya hilang sedikit kesedihan keluarga penumpang dan krew yang merindui mereka sejak lebih 2minggu yang lepas..

walaupun ramai yang menganggap berita terbaru ini sebagai konklusi tragedi ini,namun tidak kurang yang masih berharap semuanya selamat selagi pesawat belum ditemui.. sungguh,aku berbangga dengan keluarga yang masih tidak henti berharap bahawa keluarga mereka masih selamat..lebih-lebih lagi para ibu..mereka merasakan anak-anak mereka masih selamat..jangan lupa,naluri seorang ibu jarang silap..semoga misteri ini segera terungkai dan mendamaikan hati semua keluarga penumpang dan krew MH370..selagi pesawat dan penumpang serta krew pesawat belum ditemui,teruskan berdoa buat mereka agar masih selamat..kuasa Allah,tiada apa yang mustahil..inshaaAllah..AlFatihah..



Terima Kasih

March 24, 2014

Fitnah!

“FITNAH”, yaitu menyiarkan sesuatu berita tanpa dasar kebenaran, dengan tujuan untuk mencemarkan nama baik seseorang, dan bagi pemfitnah tersebut pula mudah untuknya mencapai segala cita-citanya. Perbuatan yang tercela seperti ini dilarang oleh Allah S.W.T. dan orang yang membuat fitnah itu akan ditimpa azab yang amat pedih.


Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih”. (Q.S. al-Buruj: 10)

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah dari kebanyakan sangkaan, karena sesungguhnya sebahgian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha penerima taubat dan Maha penyayang.” (Q.S. al-Hujurat: 12)

Untuk menghadapi mereka yang memerangi umat Islam, Allah S.W.T. berfirman: “Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan agama itu hanya untuk Allah. Jika mereka berhenti (memusuhi kamu), maka tidak ada lagi permusuhan, kecuali terhadap orang-orang yang zalim. (Q.S. al-Baqarah: 193)

Fitnah itu lebih besar dosanya daripada dosa membunuh (manusia yang tak bersalah), Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Berbuat fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh. (Q.S. al-Baqarah: 217)

Sebab dan akibat dari fitnah akan mengakibatkan korban yang sungguh dahsyat, bukan saja nama orang yang difitnah itu mendapat aib, tetapi boleh mengakibatkan lenyapnya satu-satu bangsa, ataupun jatuhnya sesebuah negara, akibat korban fitnah.

Sejarah Islam telah menjadi bukti yang nyata iaitu dimana tiga orang Khalifah Islam menjadi korban fitnah, seperti terbunuhnya Khalifah Umar ibnu Khattab R.A., terbunuhnya Khalifah Othman bin Affan R.A., terbunuhnya Khalifah Ali bin Abi Thalib R.A., dan juga antara lainnya iaitu zuriat Nabi S.A.W. sendiri, yang dibunuh dengan kejamnya oleh manusia-manusia yang gila akan kuasa.

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan kebenarannya) supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Q.S. al-Hujurat: 6)

Sepatutnya umat Islam perlu melihat contoh yang telah ditunjukkan oleh Nabi S.A.W. dan para Sahabat Baginda dalam menghadapi musuh Islam dan sesama sendiri.
Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Muhammad Rasulallah dan orang yang bersama dengannya, bersifat keras dan tegas terhadap orang kafir yang (memusuhi Islam), dan bersifat kasih sayang dan belas kasihan sesama sendiri (ummat Islam).” (Q.S. al-Fath: 29).


Allah S.W.T. mengingatkan ummat Islam dalam firmannya yang bermaksud: “Wahai orang-orang beriman! Janganlah kaum lelaki menghinakan kaum lelaki yang lain, karena boleh jadi yang dihinakan itu lebih baik daripada orang yang menghina. Dan janganlah kaum wanita menghina wanita yang lain, boleh jadi yang dihina itu lebih baik daripada yang menghina. Janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk (yang tidak baik). Seburuk-buruk nama ialah fasik setelah beriman. Sesiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim.” (Q.S. al-Hujurat: 11)


Allah S.W.T. mengingatkan kita, sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikan antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu beroleh rahmat.” (Q.S. al-Hujurat: 10)

Dari Abi Ayyub ia berkata, Rasulallah S.A.W. berfsabda: “Wahai Abi Ayyub, mahukah kamu kuberitahukan sesuatu sedekah yang amat disenangi oleh Allah dan RasulNya? Abi Ayyub menjawab, mahu ya Rasulallah. Lalu Rasulallah S.A.W. bersabda lagi: “Mendamaikan manusia yang saling bermusuhan dan saling memarahi.” (H.R.al-Tabrani)

Allah S.W.T. telah mengingatkan kita umat Islam, sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Janganlah kamu serupa dengan orang yang telah berpecah belah dan berselisih paham, sesudah datang kepada mereka bukti yang nyata dan mereka akan memperoleh azab yang besar.” (Q.S. Ali-‘Imran: 105)

Allah berfirman yang bermaksud:”Sesungguhnya orang yang berpecah belah sehingga menjadikan mereka golongan-golongan yang berpisah-pisah, maka engkau bukanlah dari golongangan mereka sedikit juapun.” (Q.S. al-An’am: 159)

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Bepegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu (sehingga kamu bersatu padu) maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada ditepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripada jurang neraka itu. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, supaya kamu mendapat petunjuk.” (Q.S. Ali-‘Imran: 103)

Berpandukan kepada wahyu Ilahi, junjungan kita Nabi S.A.W., telah berjaya menyatukan seluruh Umat Islam dari berbagai bangsa dan suku puak, berkat perpaduan ini Umat Islam telah menjadi sebaik-baik umat disemua lapangan, dan menjadi contoh teladan bagi seluruh umat manusia. Demikian pula para sahabat berpandukan al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W., mereka telah berjaya menyebarkan luas ajaran Islam keseluruh pelosok dunia.

Jika kita kembali kepada sejarah kebangkitan Islam dan Umatnya dibawah pimpinan Nabi S.A.W. dan para sahabat, dan mahu mendalami ajaran Islam yang sebenarnya, maka tahulah kita bahwa Islam mengajak umat manusia kearah perpaduan, ini jelas dalam amal ibadah kita hanya menyembah Tuhan yang Maha Esa, yaitu Allah S.W.T.. Dalam ibadah menyembah Allah S.W.T. hanya mempunyai arah yang satu yaitu Ka’bah di Makkah. Kitab panduan yang sama al-Quranul Karim dan Sunnah Nabi S.A.W.. Umat manusia diingatkan bahwa mereka berasal dari ayah yang satu yaitu Nabi Adam A.S., kita disuruh saling berkenalan satu dengan lainnya, dan kita dilarang menghina keyakinan agama lain, dan banyak lagi petunuk Allah S.W.T. untuk menyatupadukan umat manusia, khasnya umat Islam, supaya mereka hidup aman damai dan dalam suasana kasih sayang (hal ini telah saya jelaskan dalam uraian berkenaan “Membina Kerukunan Ummat.”

Jika kita mahu menyelesaikan segala perbalahan yang timbul dengan berpandukan al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W., InsyaAllah akan terciptakan kembali kedamaian dan keamanan dikalangan Umat manusia, khasnya umat Islam.

Jauhkanlah diri kita dari sifat suka memfitnah, mengumpat, mengadu domba, mengikutkan hawa nafsu jahat, berpuak-puak, dan berbagai perangai yang tidak baik. Dekatkanlah diri kita kepada Allah S.W.T. dengan melakukan segala perintah dan menjaukan diri kita dari segala apa yang dilarangNya.

Sebagai manusia biasa sudah tentu kita mempunyai banyak kelemahan dan kesalahan, oleh itu lebih baik kita memperbaiki diri kita masing-masing, sambil mohon ampun atas segala kesalahan dan kelemahan kita. Belum lagi terlambat jika kita sudi melakukan perubahan terutama pada diri kita masing-masing sambil memohon petujuk dan panduan dari Allah S.W.T. Tinggalkan sifat suka sangat mencari-cari kesalahan orang lain dan melupakan kesalahan sendiri, seperti kata peribahasa: “Semut diseberang lautan kelihatan, gajah dipelupuk mata, tak nampak.”
Tidak ada yang sempurna di dunia yang fana ini, kita disuruh kepada yang baik dan menjauhkan diri dari yang mungkar. Ajaklah manusia kejalan Allah S.W.T. secara hikmah dan pengajaran yang baik. Kalaupun nak bantah, bantahlah dengan cara yang lebih baik, hentikan segala fitnah memfitnah. Bekerjasama dalam hal-hal yang menyangkut kepentingan bersama, jauhkan diri dari amal perbuatan yang boleh menimbulkan haru biru, yang hanya menguntungkan orang lain dan akan merugikan diri sendiri, malah akan membawa akibat hingga ke anak cucu dimasa akan datang. “Menang sorak kampong tergadai.”

Sejarah telah mengajar kita akibat bersengketa sesama kita, orang lain akan menangguk diair keruh. Nabi S.A.W. telah berjaya membawa umat kearah persaudaraan dan perpaduan, sehingga umat Islam ketika itu menjadi umat yang terbilang. Jumlah umat Islam yang sedikit dapat mengalahkan musuh yang jauh lebih banyak, sehingga mereka menjadi sebaik-baik ummat. Kita yakin dan percaya, zaman kegemilangan umat Islam akan menjadi kenyataan kembali, asalkan kita sanggup kembali berpandukan al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W..

Buang yang keruh dan ambillah yang jernih, demi kebahagian dan keselamatan kita dan anak cucu kita dikemudian hari.

Allah S.W.T. mengingatkkan kita yang maksudnya: “Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal salih dan saling nasihat menasihati kebenaran dan saling nasihat menasihati kepada kesabaran.” (Q.S. al-Asr 1-3)

Semoga Allah S.W.T. memberi Hidayah dan TaufiqNya kepada kita semua, Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Oleh Al-Ustaz Syed Hasan Alatas

Terima Kasih

March 17, 2014

SUSAH SANGAT KE WEYH?!

AssalamualaikumWarahmatullah..

coretan ini khas buat semua..bukan aku ingin mengatakan aku sudah cukup sempurna dalam hal solat,namun kerana aku sudah kehilangan kata-kata untuk menegur kalian di sekelilingku..semoga kalian sedar dengan coretan aku ini..aku sayang korang sangat-sangat..

彡susah sangat ke nak solat 5waktu?akak prefer korang takpayah attend skolah dari pukul 6.30pagi-3.30ptg kalau solat subuh 5minit pun tak mampu nak tunaikan..
彡 susah sangat ke nak solat 5waktu? aku prefer korang tak payah bersesak kat kantin dlm msa sejam waktu tengahhari kalau solat zohor 8minit takley nak tunaikan..
彡 susah sangat ke nak solat 5waktu?aku prefer korang tak payah main futsal kat padang kalau solat asar 8minit takley nak tunaikan..
彡 susah sangat ke nak solat 5waktu?aku prefer korang tak payah ada hp/tab untuk surf facebook,insta,whatsapp,wechat,texting kalau solat maghrib 7minit xley nak tunaikan..
彡 susah sangat ke nak solat 5waktu?aku prefer korang tak payah tidur waktu malam kalau solat Isya' 8minat xsanggup nak tunaikan..





⇨susah sangat ke nak solat 5waktu yang ambik masa hanya 36minit dari 24jam adik-adik ?susah sangat ke nak jaga hubungan antara korang dengan ALLAH SWT,pencipta kita,pencipta keluarga kita??korang taknak doa untuk diri korang pun takpelah,atleast doa untuk mama and abah..doakan diorg panjang umur,murah rezeki,bahagia selalu and jodoh mereka kekal sampai ke syurga..tak banyak diorang mintak..diorang nak korang jadi anak yg taat pada perintah ALLAH SWT n taat kat diorang..ni korang,solat pun tak jaga,nk dapat redha dari sapa?dari facebook?dari hp?dr bola?dari dinding skolah?renung2kan..



Terima Kasih

Tazkirah 'REZEKI'..

AssalamualaikumWarahmatullah..

pinjam masa korang seminit+ untuk baca ni k..:) semoga mendapat manfaat dari ini..

Timeline Photos
Tazkirah:
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
--------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
----------

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil


★Pinjam 1 minit lagi, baca ayat ni

"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..
Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"



Terima Kasih

March 11, 2014

Journey Of Life! ^O^

♨Good things come to those who believe, better things come to those who are patient, and the best things come to those who don't give up..

♨Apabila melihat akan kebesaran Allah, hendaklah kita bertafakur.” - Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

♨You cannot push anyone up the ladder unless he is willing to climb.

♨If you can see it, you can achieve it. God helps those who helps themselves. Power is in the act of humility. - Patricia Amis

♨Winners dont do different things,they do things differently - Shiv Khera

♨you don't have to be great to get started, but you have to get started to be great. - Les Brown

●sorry,i am fighting for what i love.. for what i want.. because i had loose him before.. but now,i will never let him go EASILY.. and I get JEALOUS easily.Don't touch,talk to,or flirt WITH WHAT'S MINE. once u do that,u are really DEAD.. sekian curahan kasih aku●



Terima Kasih

KEAJAIBAN CINTA......

lama gak aku tak dengar lagu bekas couple ni.. pantas aku teringat,lamanya aku menunggu cik abg Ilyas.. hihuhihu.. dari 2009.. 2013 baru dapat balik.. tapi banyak gila dugaan yang terpaksa aku hadap.. minah kepoh banyak bunyik.. haish.. taknak ingat dia.. hilang mood aku kang.. ya ALLAH,permudahkanlah kami ke arah yang halal.. aku sayang dia keranaMu ya ALLAH.. :')


Keajaiban Cinta - Adira&Aliff Aziz

Takkan pernah aku menyerah
Walau harus terpisah ruang
Hanya bisa bermimpi
Terlukis dalam khayal
Betapaku tunjuk setia
Biar waktu terus berlalu
Hati takkan pernah berhenti
Menyanyikan lagumu
Membaca puisimu
Selamanya aku rindu
Biar hujan yang turun
Membasahahi jiwa ini
Ku tetap setia menanti dirimu
Kerna cinta ku mampu mematahkan sepi
Ku sanggup menunggu dirimu
Walau seumur hidup
Kerna cinta ruang tak menjadi misteri
Hanya ku melihat dirimu
Datang memeluk daku
Biar hujan yang turun
Membasahi jiwa ini
Ku tetap setia menanti dirimu
Kerna cinta ku mampu mematahkan sepi
Ku sanggup menunggu dirimu
Walau seumur hidup
Kerna cinta ruang tak menjadi misteri
Hanya ku melihat dirimu
Datang memeluk daku
Kerna cinta ku mampu mematahkan sepi
Ku sanggup menunggu dirimu
Walau seumur hidup
Kerna cinta ruang tak menjadi misteri
Hanya ku melihat dirimu
Datang memeluk daku (memeluk daku)


macam lagu ni.. aku mampu patahkan sepi,aku sanggup tunggu B,walau seumur hidup..kerana cinta ruang tak jadi misteri,aku tengok kau je B.. :')

*jiwang di kepagian..bye!*


♥ Whatsapp ♥

Terima Kasih

March 10, 2014

Madah Bicara Kata....

AssalamualaikuWarahmatullah semua.




zaman kini kita selalu tengok,ramai yang menggunakan MULUT untuk memfitnah,malahan untuk bermadah atau berkata mengikut hati kacau,perasaan marah dan akal negatif. (ini termasuk aku!) mana mungkin aku membahaskan perlakuan berkata-kata hanya menggunakan hati dan perasaan semata-mata kerana akal yang diluar kawalan juga memainkan peranan ketika berkata-kata. asalkan kita mendapat apa yang kita mahu,asalkan kita menang dalam perbalahan kata-kata,asalkan kita dilihat di mata semua orang bahawa kita tidak mudah mengalah dalam perbalahan,asalkan kita puas hati kerana berjaya menundukkan lawan..




Astaghfirullahalazim! tidakkah kita sedar,semakin menang kita dalam pertempuran kata-kata,semakin bermusuh kita setelah peperangan,semakin berpaling muka kita melihat lawan kita selepas bertengkar,semakin bergembira sang SyaitanNirrajim melihat putusnya ukhwah sesama islam.Nauzubillahiminzaliq..apa hasilnya? adakah kepuasan dan kemenangan hati yang bersifat sementara? hanya Allah SWT yang maha mengetahui sebabnya..




namum,soalan tinggal soalan,adakah hanya itu kegunaan mulut kita? hanya untuk berbalah? memaki hamun? menyumpah seranah? memfitnah sesama saudara? Astaghfirullahalazim. mengapa begitu singkat pemikiran kita. mengapa begitu mudah menggunakan nikmat kurniaanNya ke arah yang menggembirakan musuh ketat umat Islam iaitu SYAITAN.




Apalah salahnya,kita gunakan nikmat tidak ternilai ini ke arah yang diredhai-Nya. paling senang kalau taktau nak cakap apa yang mendatangkan keredhaanNya,diam je! kalau penting baru cakap.. lagi elok kalau lebihkan berfikir dari bercakap. cakap pon benda-II tak berfaedah nak buat hape? okay dah membebebel.. mari hayati bait-bait lirik 'Bicara Kata-InTeam'.semoga menjadi teladan bersama.. inshaaAllah..




Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara
Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata
Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita
Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna
Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti
Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...


(Lagu : Abai Os (Hijjaz Records)
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records
Penyusun Muzik : Trabye
Penerbit : Faizal Osman
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.)





semoga entry ini memberi sedikit kebaikan kepada kita semua.. inshaaAllah.. yang baik datang dari ALLAH S.W.T,yang buruk tak payah ikut,saya selalu silap.. dan semoga kita semua di bawah lindunganNya..

WassalamualaikumWarahmatullah..

Terima Kasih

March 9, 2014

Kamu Saja ⓘⓛⓨⓐⓢ


wheewwwww. tau lagu ni? hok alohhh. confirm ler tau. Miss Enan/Ainan. so special lagu ni tau. sangat special. and off course dedicated to Mohd. Ilyas B.Yusoff. ♥


Kamu Saja - Ainan Tasneem

Sayangku bagiku kau mempersona
Kau sempurna kau terima aku seadanya
Walaupun hidup tak selalunya indah
Hariku indah kerna kamu selalu ada

Hanya kamu saja yang mampu membuatku terbang tinggi
Kamu saja yang mampu membuat tidur ku lena
Kamu saja yang mampu membuat mimpiku indah
Kamu saja yang mampu membuat diriku gembira

Tak pernah terlintas di hatiku ini
Untuk curangi dan berpaling pada yang lain
Namamu saja yang terukir di hati
Kau menerangi diriku di kala ku sepi

Hanya kamu saja yang mampu membuatku selalu ceria
Kamu saja yang mampu membuat aku tertawa
Kamu saja yang mampu membuat ku jatuh cinta
Kamu saja yang mampu membuat diriku bahagia

Sayangku bagiku kau mempersona
Kau sempurna kau terima aku seadanya
Walaupun hidup tak selalunya indah
Hariku indah kerna kamu selalu ada

Hanya kamu saja yang mampu membuatku terbang tinggi
Kamu saja yang mampu membuat tidur ku lena
Kamu saja yang mampu membuat mimpiku indah
Kamu saja yang mampu membuat diriku gembira






Duhai sang arjuna,bersabarlah menempuhi dugaan,kita sedaya telah berusaha untuk berdua,kita jatuh cinta bukan kerna paras rupa,atau harta benda yang diidami manusia,seharusnya kita bersyukur kepada tuhan,kerna mengecapi bahagia selagi hayat ada,hanya engkau kekasihku,hanya aku kekasihmu,dengan satu rasa dalam dua jiwa kita ditakdir bersama.. inshaaAllah.. semoga dipermudahkan.. aminn.. ♥


◆XOXO,Ira◆

Terima Kasih

March 8, 2014

A.L.I.V.E - Krewella



source : Google Images


"Alive"

Let's make this fleeting moment last forever
So, tell me what you're waiting for?
I'm gonna keep it frozen here forever,
There's no regretting anymore.
It's worth the wait, even so far away.
I'm making the night mine until the day I die
No lights to brake when you're hanging by fate
You know what it feels like when you're dancing blind
All alone, just the beat inside my soul
Take me home, where my dreams are made of gold
In the zone where the beat is un-controlled.
I know what it feels like
Come on make me feel alive
Feel alive, feel alive
Feel alive, feel alive
Feel alive, feel alive alive alive alive
Alive!

Meet me under shining lights,
I've been waiting right here all my life
Feelings you can't deny that you're living, open up your eyes
And I just wanna sink into your crazy laughter
Come on make me feel until the pain don't matter
Every second here makes my heart beat faster
Finally think I found what I'm chasing after.
All alone, just the beat inside my soul
Take me home, where my dreams are made of gold
In the zone where the beat is un-controlled.
I know what it feels like
Come on make me feel alive
Feel alive, feel alive
Feel alive, feel alive
Feel alive, feel alive alive alive alive
Alive!

All alone, just the beat inside my soul
Take me home, where my dreams are made of gold
In the zone where the beat is un-controlled.
I know what it feels like
Come on make me feel alive
Feel alive, feel alive
Feel alive, feel alive
Feel alive, feel alive alive alive alive
Alive!
I know what it feels like
Come on make me feel
Feel alive, feel alive
Feel alive, feel alive
Feel alive, feel alive alive alive alive
Alive! Feel alive!


*This! One of my favourite song. But i dun like the original version,acoustic is better. bunyi dia lemah lembut sweet-sweet gituwww. hehehe. untuk sang kesayangan yang di kejauhan. ♥ ⓘⓛⓨⓐⓢ ♥

boleh tengok video di ▶ KREWELLA .


Source : Google Images 


Terima Kasih

Sahabat,Aku Cinta......

persahabatan terindah pernah aku rasai,Sumirah,Nur Fazeera,Siti Qazalinda,Hazwani,Siti Shahidah,Heliana Cassandra,Nina Faramida..

Sahabat.. ampunkan Ira andai sepanjang perkenalan kita Ira melakukan apa2 kesilapan sehingga menyakitkan hati kalian.. Fahamilah,Ira tak pernah sengaja melakukan itu.. Mungkin terlanjur kata,tersilap guna ayat.. :')

Rahsia kalian,Ira akan pegang dan simpan di fikiran dan hati selamanya.. maaf andai semasa ditanya masalah yang melanda diri ini,Ira jarang berkongsi.. Ira tak nak kalian merasa terbeban oleh masalah Ira yang kurang kepentingannya.. Setakat ini,Ira masih mampu menanggungnya berseorangan.. walau terkadang terluah keluhan di blog,facebook,twitter dan sebagainya,namun itu hanyalah mukaddimah masalah Ira.. Tidak akan Ira sebarkan masalah yang melanda dalam hidup ini ke kalian yang sangat bermakna dalam hidup Ira..

Sahabat sekalian.. panggillah Ira bila diperlukan,Whatsapp,wechat,PM,Call,Skype dan apa-apa saja.. Ira sedia di sisi.. bukan Ira bangga menyatakan Ira sahabat yang baik.. NO! Ira akan lakukan apa sahaja untuk kalian yang sudah terlalu baik ketika bersama Ira.. :') apa yang mampu,Ira bantu.. Jika tidak,Ira akan usahakan..

Sekian saja luahan hati Ira buat sahabat tercinta.. bukan hanya sahabat yang tersebut di atas,malahan semua yang menganggap Ira sahabat.. Salam sayang dan rindu dari Ira buat kalian.. semoga kita semua berada di bawah lindungan-Nya.. inshaaAllah.. aminnn..

WassalamualaikumWarahmatullah..

(xde mood nak XOXO malamni)



Terima Kasih

March 7, 2014

As-Siddiq






If you expect the blessing of God,
be kind to His people.
●Abu Bakar As-Siddiq●


Jujur merupakan akhlak terpenting bagi seorang muslim dan merupakan asas tertegaknya agama ini.

Antara perkara yang paling sukar untuk dilakukan dalam kehidupan ini ialah istiqamah dalam bersikap jujur dan berkata sesuatu yang benar. Kadang-kadang kita memilih untuk berdusta semata-mata ingin menutup aib diri, melepaskan diri dan sebagainya. Tabiat buruk ini sepatutnya dihindari kerana pendustaan yang pertama itu akan memerlukan kepada pendustaan yang seterusnya.

Baca dan hayatilah maksud hadis nabi ini yang bermaksud :


“Hendaklah kamu selalu jujur, kerana sesungguhnya jujur itu akan membawa kepada kebaikan dan sesungguhnya kebaikan itu akan membawa kepada syurga. Dan tidaklah seseorang selalu berkata jujur dan berusaha menetapi kejujuran, sampai dia ditulis di sisi Allah swt sebagai orang yang sangat jujur. Dan hendaklah kamu selalu menjauhi dusta, kerana sesungguhnya dusta itu akan membawa kepada kemaksiatan, dan sesungguhnya kemaksiatan itu akan membawa ke neraka. Dan tidaklah seseorang selalu berkata dusta dan selalu memilih pendustaan, sampai dia ditulis di sisi Allah swt sebagai orang yang pendusta"
[ Imam Muslim ]


Bersama-samalah kita berusaha untuk sentiasa bercakap benar, sentiasa bersikap jujur dan cuba menghindari dari melakukan pembohongan dan pendustaan. Jangan sampai kita dicop sebagai pembohong atau penipu kerana pasti sikap negatif itu akan menjerumuskan kita ke lembah neraka.
Sentiasalah berkata benar walaupun kadang kala terpaksa menerima impak negatif. Ini sesuai
dengan Pepatah arab :



قُلِ الحَقَّ وَلَوْ كَانَ مُرًّا
Berkata benarlah walaupun pahit.



Semog Allah SWT membimbing dan merahmati kita semua dan memimpin kita kepada perkara yang diredaiNya.

Sekadar perkongsian ilmu,moga diberkati-Nya ^_^

credit to: http://pbasmkps.blogspot.com/ & http://ameersportal.blogspot.com/

Terima Kasih

March 6, 2014

Aku Untukmu..♡

AssalamualaikumWarahmatullah..

★This song is specially dedicated to Mohd.Ilyas B.Yusoff.. I miss u..(╯_╰)

Aku tak ingin kau menangis bersedih,
sudahi airmata darimu..
Yang aku ingin erti hadir diriku,
kan menghapus dukamu sayang..
Kerna bagiku kau kehormatanku,
dengarkan,dengarkan aku..

Hanya satu pintaku,
untukmu dan hidupmu,
baik-baik sayang,
ada aku untukmu..
Hanya satu pintaku,
di siang dan malammu,
baik-baik sayang,
ada aku untukmu..

Semua keinginan,
akan aku lakukan,
sekuat semampu ku sayang.
Kerna bagiku kau kehormatanku,
dengarkan,dengarkan aku..

Hanya satu pintaku,
untukmu dan hidupmu,
baik-baik sayang,
ada aku untukmu..
Hanya satu pintaku,
di siang dan malammu,
baik-baik sayang,
ada aku untukmu..

Wali Band-BaikBaikSayang

♥XOXO,Ira★

Terima Kasih

March 5, 2014

Dugaan itu Kurniaan ♥

Setiap dugaan itu kurniaan dari Allah SWT.. Namun,manusia selalu rapuh oleh dugaan yang mana merupakan kurniaan dari Allah SWT malahan semakin jauh dari-Nya.. Padahal,dugaan itulah yang mendekatkan manusia dengan Allah SWT jika manusia berfikir dengan akal yang waras dan keimanan..

Terima Kasih

Teladan..

Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu thoyyib (baik). Allah tidak akan menerima sesuatu melainkan dari yang thoyyib (baik)..

(Hadis Riwayat Muslim)

Terima Kasih

March 1, 2014

DOA BUAT HATI YANG TERLUKA♥

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH..

Buat mereka yang bersedih kerana putus cinta,ini doa yang boleh kalian amalkan.. semoga sentiasa tabah menhadapi segala cubaan dan dugaan yang mendatang.. IN SHAA ALLAH.. ALLAH SWT sentiasa bersama kita.. ♥

→DOA BUAT HATI YANG TERLUKA~

Ya Allah,
Apabila aku masih mengingati si dia yang bukan milikku, maka,bantulah aku untuk aku melupakan dirinya..
Andai ada kenangan antara kami yang mengikat diri,maka hapuskanlah ia dari ingatan..
Biarkan aku jauh dari dirinya,dan ikatlah diriku ini untuk terus setia dengan kasihMu..
Hilangkan bayangan dia dari fikiranku ini Ya Allah,dan payungilah aku dengan rahmatMu..
Perindahkanlah lisanku ini untuk terus berzikir menyebut asma' Mu.. agar aku sentiasa selamat dengan CiNTAMU..Amin ya Rabbal Alamin..





XOXO,wassalamualaikum..

♥ira♥

Terima Kasih

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign