Pages

February 8, 2013

Al-Fatihah buat Adam Syukri


ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH .

07 Februari 2013 , jam 1310 , Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian adik Adam Syukri . pada suatu ketika dulu , penderitaan adik Adam pernah mendapat liputan yang luas di Malaysia akibat penyakit saraf otak yang dialaminya . syurga menantimu adik Adam Syukri . Takziah dari Ira sekeluarga . Semoga Ibu dan Ayah adik Adam tabah menghadapi semua ini . AL-Fatihah .


Adam bersama Ibu tercinta,Puan Noraisah.



Adam ketika hayatnya .


sumber : zaidatulaznishamsuddin.blogspot.com
WASSALAM .
Terima Kasih

February 6, 2013

KomenSen: CARA MENINGGALKAN MAKSIAT BATIN (PENYAKIT HATI)


ASSALAMUALAIKUM . 

KomenSen: CARA MENINGGALKAN MAKSIAT BATIN (PENYAKIT HATI): Saya perturunkan di bawah ini petikan-petikan dari kitab berikut yang mengemukakan teknik atau kaedah mengubat penyakit hati, untuk renungan kita bersama.



Muka depan kitab "Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah)" karangan Imam al-Ghazali, terjemahan Abu ala Albanjari al-Nadwi (Ahmad Fahmi bin Zamzam) 
Cetakan Kelima - 2007.

"Ketahuilah bahawanya sifat yang tercela yang ada di dalam hati itu banyak sekali dan menyucikan hati daripada kekotoran itu berhajat kepada usaha yang berterusan. Manakala cara mengubatinya pula sangat susah dan telah hilang pula ilmu dan amal (yang mesti diikuti untuk membersihkan hati) kerana orang telah melupakannya dan mereka terlalu sibuk dengan menghimpunkan perhiasan dunia.

Dalam hal ini Rasulullah saw bersabda:

"Ada tiga sifat yang dapat membinasakan seseorang: sifat bakhil yang dipatuhi, hawa nafsu yang diikuti dan merasa bangga dengan diri sendiri"

'Ujub, takabbur dan merasa bangga dengan diri sendiri adalah satu penyakit hati yang sangat susah diubati dan 'ujub itu ialah memandang kepada diri sendiri dengan pandangan kemuliaan dan kebesaran dan memandang terhadap orang lain dengan pandangan penghinaan. read more>>

WASSALAM  C(:

Terima Kasih

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign